Friday, June 24, 2011

Masih Adakah Tua Untuk Kita?


Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh…..

Alhamdulillah dapat lagi saya diberi kekuatan oleh Allah subhanahuwataala untuk berkarya dan menulis lagi di blog ini.Kali ini saya ingin menulis tentang remaja dan mungkin juga belia yang pada masa kini yang bagi saya agak menarik untuk saya menyingkap tentangnya.

Seperti tajuk besar dia atas saya namakan tazkirah kali ini sebagai “Masih adakah tua untuk kita(remaja)…??”Tajuknya mungkin tak semenarik kupasannya.Kali ini saya akan memasukkan unsur dialog dalam tazkirah saya berdasarkan pengalaman saya.

Segelintir remaja hari ini sering meremehkan bab-bab halal haram serta dosa dan pahala. Mungkin ustaz atau ustazah sudah letih menasihatkan pelajar di sekolah tetapi kedegilan dan keegoan remaja hari ini sangat tinggi. Apabila ditegur ada yang melenting dan ada juga yang berlagak kononnya hidup mereka masih panjang dan biarlah hari-hari muda ini di isi dengan kemewahan dunia dan apabila mereka tua barulah mereka akan beribadat..Soalnya sempatkah?

Berikut adalah contoh jawapan yang diberikan apabila ditanya:

Kes 1:

A:Wah kau ni tak pakai tudung,tak tau ke membuka aurat tu berdosa?

B:Ala ko ni nanti kalo aku dah kahwin aku pakai la tudung.

Kes 2:

A:Eh,sedapnya minum air sirap,kau tak puasa ke ari ni?

B:Rileks la nanti dah tua aku puasa la…

Kes 3:

A:Hei jangan ambil buah mangga tu kalo tak minta izin dengan tuannya lagi…

B:Ish ko ni bukan tuannya tau pun..ala kira halal je…

Hurmm hebatkan remaja hari ini,?dapat menilik dan sangat yakin yang mereka akan meninggal kan dunia ini apabila tua nanti. Tak tahukah mereka budak berumur 15 tahun pun boleh dijemput Allah.Ini kan kita yang 16,17,18,19,20 dan ke atas…Sempatkah kita wahai sahabat-sahabat sekalian untuk menempuh alam tua.Kita tidak tahu bila kita akan di jemput tetapi kehadirannya adalah pasti.Jadi memperisikan lah diri kita dengan melaksanakan segala suruhanNya dan meninggalkan segala laranganNya dan mempersiap siagakanlah diri kita dengan amalan tambahan yang lain dan janganlah terlalu bergantung dengan amalan fardhu….

Sekian dahulu dari saya,sesungguhnya apa yang saya coretkan adalah untuk menasihatkan diri saya dan juga sahabat-sahabat seiIslam dia luar sana…Sesungguhnya kita perlu saling ingat mengingati kerana manusia mudah lupa.Sesungguhnya segala yang baik datangnya dari Allah dan yang tidak baik tiu dating dari diri saya yang hina ini.Sekaian Wabillahi taufikwahidayah wassalamualaikum warahmatullah hiwabarakatuh….

Allahualambisawab......