Thursday, October 20, 2011

10 Golongan Wanita Yang Haram Masuk Syurga

Gambar sekadar hiasan(tidak kena mengena dengan tajuk)
     

     Assalamualaikum Warohmatullahi Wabarokatuh......Kali ini mari kita renungkan 10 golongan wanita yang haram masuk syurga.

1) Wanita yang mewarnakan tangan dan tukang pewarna.(wanita yang mengubah kejadian Allah)
2) Wanita yang mencabut bulu kening
3) Wanita yang mengubah bentuk gigi untuk bermegah
4) Wanita yang menyambung rambut untuk bermegah
5) Wanita yang memarahi suami
6) Wanita yang menyerupai lelaki
7) Wanita yang menziarahi kubur dengan tanpa memenuhi adab agama
8) Wanita yang mengumpat dan pendengar umpatan
9) Istilah cina buta dalam pernikahan Islam, wanita yang terlibat dalam melakukan cina buta
10) Wanita yang berpakaian ketat seperti bebogel(wanita yang sengaja berlenggang-lenggok semasa berjalan      dengan tujuan menarik perhatian lelaki)


   Semaklah semula diri kita dan jika ada masih tidak lambat untuk bertaubat kepada Allah(Ya Ghafur-Yang Maha Pengampun).Semoga kita mampu menjalankan dakwah terhadap diri kita dan kepada orang lain dengan teguran berhikmah InsyaAllah.

Sekian terima kasih dengan meminjamkan sedikit waktu membaca artikel kali ini...


Allahuaa'lam Bisawab





sumber dari:http://peribadirasulullah.wordpress.com

Wednesday, October 19, 2011

12 Golongan Manusia Di Padang Mahsyar



Gambar sekadar Hiasan






   Assalamualaikum Warohmatullahi Wabarokatuh.Para sahabat yang dirahmati Allah sekalian
kali ini mari kita tengok 12 golongan yang terdapat di Padang Mahsyar seperti yang diceritakan oleh Rasulullah Salallahu A'laihi Wasallam(S.AW.) dengan keadaan sambil menitiskan air mata.
Mari kita semak golongan tersebut:

1.Dibangkitkan dalam keadaan tanpa tangan dan kaki. Mereka adalah orang yang ketika di dunia suka mengganggu jiran tetangga.
2. Dibangkitkan dalam keadaan menyerupai babi. Mereka adalah golongan yang malas dan lalai dalam solatnya.
3. Dibangkitkan dalam keadaan perut membesar dengan di dalamnya penuh dengan ular dan kala jengking kerana di dunia mereka tidak membayar zakat.
4. Dibangkitkan dalam keadaan mulutnya mengalir darahkerana ketika berniaga , mereka suka menipu.
5. Dibangkitkan dalam keadaan lebih buruk dan busuk daripada bangkai kerana ketika di dunia, mereka selalu melakukan maksiat secara sembunyi kerana takut dilihat orang , tetapi tidak takut kepada Allah S.W.T.
6. Dibangkitkan dalam keadaan leher terputus kerana ketika di dunia selalu memberi kesaksian palsu.
7. Dibangkitkan dalam keadaan tanpa lidah kerana selalu berdusta ketika di dunia.
8. Dibangkitkan daripada kubur dalam keadaan kepala terssungkur, sedangkan kedua – dua kakinya di atas kepala dan farajnya mengeluarkan nanah yang mengalir seperti air kerana ketika hidup, golongan ini suka berzina dan mati sebelum sempat bertaubat.
9. Dibangkitkan dalam keadaan wajah yang hitam tetapi matanya biru dan perutnya di penuhi api kerana ketika di dunia, mereka selalu memakan harta anak yatim secara zalim.
10. Dibangkitkan dalam keadaan sopak dan kusta kerana ketika hidup di dunia dia menderhaka kepada orang tua.
11. Dibangkitkan dalam keadaan buta hati, giginya seperti tanduk, bibirnya menjulur sampai ke dada, lidahnya sampai keperut manakala perutnya pula menjulur sehingga ke paha dengan perutnya penuh kekotoran kerana ketika hidupnya, mereka gemar meminum arak.
12. Mereka yang dibangkitkan daripada kubur dengan wajah bercahaya seperti bulan purnama dan melepasi sirat’ (titian Mustaqim) seperti kilat kerana golongan itu ketika hidupnya rajin beramal soleh, meninggalkan maksiat dan menjaga solat lima waktunya dengan berjemaah.

Astaghfirullahalazim.....
Semoga kita di masukkan ke dalam golongan yang ke dua belas...Amin....
inysaAllahutaa'la Minal A'minin semoga dengan artikel kali ini dapatlah kita menambah takwa kita kepadaNya.
Terima kasih meminjamkan sedikit masa untuk membaca artikel ana ini.....
Sekian....

Allahuaa'lam Bisawab......