Saturday, April 17, 2010

ANAK,ANUGERAH ILAHI

Assalamualaikum warahmatullahi wabarokatu....yang saya muliakan kepada para pembaca yang dirahmati allah sekalian.Kali ini dalam artikel saya,saya ingin menyentuh tajuk 'ANAK'..Seperti yang kita tahu setiap hari kita dikejutkan dengan kes-kes buang bayi.Tidak cukup dengan kes buang bayi tapi kes dera anak pula dan ada yang hingga mengakibatkan maut.



Tahulah para sahabat sekalian,sesungguhnya anak itu merupakan satu anugerah,satu amanah yang dikurniakan Allah kepada kita.Maka apabila disebutkan amanah saya suka nak ingatkan kepada para sahabat yang amanah itu perlu dilaksanakan atau kita akan disoal di akhirat kelak.

Seperti yang kita lihat gambar di atas,saya ingin bertanya kepada para sahabat sekalian adakah begitu zalim seorang manusia sehingga sanggup mebuang anak di dalam mangkuk tandas.Di manakah letaknya kewarasan dan pertimbangan seorang manusia.Apalah salahnya jika tidak mahu bayi ini lebih baik dihantar ke rumah kebajikan masyarakat daripada di buang di merata tempat.adakah golongan seperti ini layak dipanggil manusia.Astaghfirullahhalazim...


Anda yang membuang bayi dan mendera bayi perlu ingat adakah ibu bapa anda berbuat demikian kepada anda.Jika ibu bapa anda berbuat demikian suda tentu anda tidak ada lagi di dunia ini.

Tetapi golongan yang membuang bayi ini mungkin ada sebab musabab yang tersendiri kenapa mereka bertindak begitu.Walaupun apa pun alasan nya saya merayu tolong lah jangan dibuang bayi itu tetapi jika nak buang juga tinggalkanlah di jabatan kebajikan masyarakat....

Fikir-fikirkan wahai sahabat sekalian...

Berjumpa lagi kita di artikel yang akan datang sekian Allahualam Bisawab...

0 comments:

Post a Comment