Friday, November 18, 2011

Wasiat Imam Hasan Al-Banna




Wasiat Imam Hasan Al-Banna


1) Bangunlah segera untuk melakukan solat apabila mendengar azan walaubagaimnapun keadaannya.

2) Baca, telaah dan dengarkan al-Quran atau zikirlah kepada Allah dan janganlah engkau mensia-siakan waktumu dalam perkara yang tidak ada manfaatnya.

3) Bersungguh-sungguhlah untuk bercakap dalam bahasa Arab dengan fasih.

4) Jangan banyak berdebat dalam pelbagai aspek pembicaraan sebab hal ini tidak akan mendatangkan kebaikan.

5) Jangan banyak ketawa sebab hati yang selalu berkomunikasi dengan Allah(zikir) adalah tenang dan tenteram.

6) Jangan banyak bergurau kerana umat yang berjihad tidak berbuat demikian kecuali dengan bersungguh-sungguh secara terus-menerus.

7) Jangan mengeraskan suara di atas suara yang diperlukan pendengar, kerana hal ini akan mengganggu dan menyakiti.

8) Jauhilah dari membicarakan keaiban orang lain atau melukai hatinya dalam bentuk apa pun dan jangan berbicara kecuali yang baik.

9) Berta'aruflah dengan saudaramu yang kamu temui walaupun dia tidak meminta, sebab prinsip dakwah kita adalah cinta dan ta'awun(kerjasama).

10) Perkerjaan rumah kita sebenarnya lebih banyak daripada waktu yang ada, maka manfaatkanlah waktu dan apabila kamu mempunyai sesuatu keperluan maka percepatkanlah untuk diselesaikan.

Allahua'alam Bisawab....

2 comments:

  1. thanks atas perkongsian ini... akan cuba dilakukan... teruskan dgn perkongsian oilmu yg lain...

    http://mohdfaizulosman.blogspot.com/2011/11/aku-stressss.html

    ReplyDelete
  2. you re welcome....
    insyaAllah ana akn berkongsi apa yg termampu....

    Wah siap promote blog hi2....
    (n_n)

    ReplyDelete