Sunday, October 19, 2008

Pembaca Al-Quran(Orang Al-Quran) Merupakan Ahli Allah

Ramai yang tidak sedar akan keistimewaan Al-Quran terhadap diri kita apabila kita menjadi pembaca setia kepadanya(Al-Quran).Kebanyakkan orang pada hari ini lebih mengejarkan kepentingan dunia sehingga mengabaikan teman kita yang akan memberi syafaat kepada kita di akhirat kelak iaitu Al-Quran.Kebanyakkan daripada kita hanya membiarkan Al-Quran yang sewajarnya dibaca tetapi hanya dibiarkan menjadi pameran di dalam almari dan yang lebih malang lagi Al-Quran dibiarkan usang dimakan zaman tanpa diusik(dibaca).

Bagi pembaca Al-Quran mereka semestinya beruntung apabila mempunyai hubungan istimewa dengan Al-Quran.Apabila kita asyik berdamping dengan Al-Quran(membaca) maka kasih sayang Allah juga sentiasa tertumpu kepada kita.Oleh itu,apa kiranya jika kita hanya memerlukan kesukaran sedikit dengan mengorbankan sedikit masa sahaja kita sudah boleh menjadi seorang yang istimewa di sisi Allah iaitu Ahli Allah.

Hadith ada menyatakan:Hazrat Anas R.A. meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda,“Sesungguhnya Allah mempunyai ahli-ahli daripada kalangan manusia.”Para sahabat bertanya,“Siapakah mereka ya Rasulullah?”Baginda menjawab,“Orang al-Quran adalah ahli-ahli Allah dan orang Allah yang istimewa.”
(Hadith riwayat Nisai,Ibnu Majah,al-Hakim dan Ahmad.)

Melalui hadith ini kita dapat mengetahui bahawa setiap pembaca Al-Quran/Orang Quran adalah Ahli-ahli Allah dan orang Allah yang istimewa di sisiNya.

semoga kita bertakwa

Allahualambisawab

Saturday, September 20, 2008

Penawar Hati

PENAWAR HATI

Sesungguhnya hati itu merupakan sesuatu yang wajib dijaga oleh setiap manusia di dalam dunia ini bagi menjadikan diri kita menjadi mukmin yang muttakim.Seperti yang kita tahu Rasulullah yang kita sayangi telah bersabda“di dalam badan manusia terdapat seketul daging jika rosak,maka rosaklah semuanya”.Sabda Rasulullah ini menunjukkan bahawa hati merupakan bahagian manusia yang mesti kita jaga dengan rapi.

Terdapat manusia yang sering merasakan hatinya selalu gundah gulana juga merasakan tidak wujud suasana tenteram dalam jiwa dan sanubari mereka.Perkara ini menunjukkan mereka ada masaalah dengan hati mereka.Begitu juga dengan mannusia yang sering melaksanakan kemungkaran,mereka tidak berjaya mendidik hati mereka malah menurutkan nafsu dan syaitan yang selalu membisikkan kemungkaran.Maka bagi mengubat hati kita yang telah dibarahi oleh penyakit-penyakit hati ini terdapat lima cara.

Antara lima ‘penawar hati’ kita adalah ‘baca Al-Quran dan maknanya’.Bagi mengubati hati kita,kita haruslah mengenal wahyu yang telah diturunkan oleh Allah kepada Rasulullah.Sesungguhnya Al-Quran merupakan panduan sepanjang zaman bagi hidup manusia.Sesungguhnya juga Al-Quran merupakan penawar yang paling baik untuk mengubati keresahan dalam hati(salah satu penyakit hati) kita. Apabila kita menghayati setiap kalam Allah yang indah ini kita akan mendapat ketenangan yang cukup indah.

Selain itu,penawar hati yang kedua adalah‘dirikanlah solat malam’.Kita janganlah lupa untuk mendirikan ibadah sunat di waktu malam.Antaranya adalah solat tahjud dan solat hajat.Solat Tahjud merupakan solat sunat yang banyak fadilatnya.Jadi saya ingin menyarankan bahawa kita jika tidak mampu kita laksanakanlah ibadah ini sekurang-kurangnya sekali seumur hidup.“Jika kita tidak mampu untuk melaksanakan semua,janganlah kita meninggalkan semua ibadah sunat ini”.

Di samping itu,perkara ketiga adalah ‘berkumpullah dengan orang-orang yang soleh’.Kita haruslah rajin-rajinkan diri untuk menghadiri majlis-majlis ilmu baki membaiki kerosakan di dalam hati kita ini.“umpama kereta yang rosak di bawa ke bengkel untuk dibaiki”.Insyaallah,saya akan menceritakan tentang kebaikan menghadiri majlis ilmu dalam keluaran artikel akan datang.

Seterusnya,perkara yang keempat adalah‘berbanyakkanlah berpuasa’.Kita haruslah memperbanyakkan ibadat puasa sunat ini kerana banyak faedahnya.

Akhir sekali,perkara yang kelima adalah‘zikir malam berpanjangan’.Kita mestilah memperbanyakkan zikir kepada Allah iaitu mengingati allah dengan perkataan seperti‘subahanallah,allahuakbar,alhamdulillah’dengan mengamalkan zikir ini kiata akan menjadi tenang.Sesungguhnya Rasulullah menghiburkan hatinya dengan memperbanyakkan berzikir kepada Allah.Nescaya dengan mengingati Allah hati kita akan terhibur dari gundah gulana,kerana sesungguhnya Allah sentiasa dekat dengan kita.

Dengan melaksanakan lima perkara ini,insyaallah penyakit-penyakit hati yang telah lama membarah dalam hati kita dapat diubati.Sesungguhnya setiap penyakit ada penawarnya melainkan maut.Renungkanlah artikel inidan amalkannya semoga pahala dikurniakan olehNya kepada kita.Insyaallah.

Allahualambisawab

Tuesday, September 2, 2008

Menyambut Kedatangan Ramadhan Al-Mubarak


Assalamualaikum,sama ada kita sedar atau tidak sedar,kini kini kita sudah berada di dalam bulan yang penuh mulia lagi bertambah berkat iaitu,bulan Ramadhan Al-Mubarak.Seperti yang telah Nabi Muhammad sabdakan "sesungguhnya rejab itu bulanku,syaaban itu bulan Allah dan ramadhan itu bulan umatku".

Sabda rasulullah ini menunjukkan bahawa ramadhan ini merupakan 'bulan kita' di mana kita telah diberi peluang oleh Allah untuk beribadat sebanyak mungkin di dalam bulan yang mulia ini.Maka kita gunakanlah kesempatan ini untuk melakukan sebanyak mana amalan agar kita dapat menuainya di alam akhirat kelak.

"wahai orang yang beriman,kamu diwajibkan berpuasa sebagaimana orang terdahulu berpuasa,semoga kamu bertakwa"ayat allah ini menerangkan bahawa kita kita sebagai mukmin muttqim wajib berpuasa sama ada kita suka atau tidak suka.ini telah termaktub dalam rukun islam.Sebenarnya ibadah puasa ini bagi memperingati orang yang tidak makan mahupun minum di luar negara sana.jika hendak dibandingkan penderitaan mereka lebih pedih jika dibandingkan dengan ibadah puasa kita.

Jika kita melihat sejarah rasulullah dan para sahabat berperang di dalam bulan ramadhan.Ini menunjukkan bahawa puasa bukan alasan kita untuk tidak melaksanakan tanggungjawab yang lain.kita adalah manusia yang lemah jika kita menjadikan alasan berpuasa sebagai untuk mengelakkan melakukan kerja lain.

Sebolehnya kita janganlah meninggalkan ibadah solat terawikh di mana hanya dilaksanakan hanya setahun 30 atau 29 malam sahaja.Ini kerana banyak fadhilat bagi melaksanakan ibadah sunat ini.Alangkah ruginya jika kita tidak memanfaatkan banyak kelebihan di bulan ramadhan ini..Contohnya amalan sunat sama pahalanya dengan ammalan ibadat wajib.Selain itu solat wajib akan digandakan sebanyak 70 kali ganda.Kita sebaik-baiknya melaksanakan solat subuh dan isyak secara berjemaah ini kerana rasulullah ada bersabda"jika orang munafik mengetahui pahala dan ganjaran untuk melaksanakan solat subuh dan isyak secara berjemaah nescaya mereka akan datang walupun secara merangkak/mengesot"

Begitulah digambarkan kesucian bulan ramadhan untuk kita renungi dan kita hayati.

Semoga kita menjadi orang yang bertakwa.

Allahualambisawab.

Monday, August 11, 2008

Tanda-tanda manusia sebelum mati

Berikut merupakan tanda-tanda sebelum kita dijemput oleh Allah ke alam Barzakh dan sebelum dicabut nyawa kita oleh Malaikat Izrail.


100 HARI Seluruh badan rasa bergetar
60 HARI Pusat rasa bergerak-gerak
40 HARI Daun Dengan nama orang yang akan mati di Arash akan jatuh dan malaikat maut pun datang kepada orang dengan nama tersebut lalu mendampinginya sehingga saat kematiannya. Kadang-kadang orang yang akan mati itu akan merasa atau nampak kehadiran malaikat maut tersebut dan akan sering kelihatan seperti sedang rungsing.
7 HARI Mengidam makanan
5 HARI Anak lidah bergerak-gerak
3 HARI Bahagian tengah dahi bergerak-gerak
2 HARI Seluruh dahi rasa bergerak-gerak
1 HARI Terasa bahagian ubun bergerak-gerak di antara waktu Subuh dan Asar
SAAT AKHIR Terasa sejuk dari bahagian pusat hingga ke tulang Solbi ( di bahagian belakang badan)
Bila Malikat menyabut Nyawa
Baginda Rasullullah S.A.W bersabda :
“ Apabila telah sampai ajal seseorang itu maka akan masuklah satu kumpulan malaikat ke dalam lubang-lubang kecil dalam badan dan kemudian mereka menarik rohnya melalui kedua-dua telapak kakinya sehingga sampai ke lutut.. “
“ Setelah itu datang pula sekumpulan malaikat yang lain masuk dan menarik roh dari lutut hingga sampai ke perut dan kemudiannya mereka keluar.”
“Datang lagi satu kumpulan malaikat yang lain masuk dan menarik rohnya dari perut hingga sampai ke dada dan kemudiannya mereka keluar.”
“Dan akhir sekali datang lagi satu kumpulan malaikat masuk dan menarik roh dari dadanya hingga sampai ke kerongkong dan itulah yang dikatakan saat nazak orang itu.”
Sambung Rasullullah S.A.W lagi…
“Kalau orang yang nazak itu orang yang beriman, maka malaikat Jibril A.S akan menebarkan sayapnya yang di sebelah kanan sehingga orang yang nazak itu dapat melihat kedudukannya di syurga. Apabila orang yang beriman itu melihat syurga, maka dia akan lupa kepada orang yang berada di sekelilingnya. Ini adalah kerana sangat rindunya pada syurga dan melihat terus pandangannya kepada sayap Jibrail A.S.”
“Kalau orang yang nazak itu orang munafik, maka Jibrail A.S akan menebarkan sayap di sebelah kiri. Maka orang yang nazak itu dapat melihat kedudukannya di neraka dan dalam masa itu orang itu tidak lagi melihat orang di sekelilingnya. Ini adalah kerana terlalu takutnya dia apabila melihat neraka yang akan menjadi tempat tinggalnya.”

Demikianlah gambaran bagi orang yang akan meninggalkan dunia yang fana ini.

Semoga kita bertakwa.

Allahualambisawab.

Manusia harus bersyukur

Setiap Manusia Harus Bersyukur Kepada Allah.
Sesungguhnya manusia itu ciptaan Allah dan Allah telah memuliakannya sebagai khalifah.
Terjemahan daripada Surah At-Tin, ayat-4:
"sesungguhnya manusia itu telah dijadikan dengan sebaik-baik kejadian"

maka kita haruslah bersyukur dengan apa yang telah dikurniakan oleh Allah kepada kita.
janganlah kita menghampiri segala perkara yang telah dilarang olehNya dengan nikmat yang telah dikurniakan kepada kita.
Seseorang manusia yang tidak tahu bersyukur merupakan manusia yang hina dan tidak akan senang dan tenang hidupnya.

Apa kiranya jika kita meringankan mulut kita untuk mengucapkan perkataan "Alhamdulillah"sebagai tanda bersyukur kita kepada Allah.

Jika kita lihat sebenarnya banyak benda yang perlu disyukuri.Contohnya nikmat kehidupan yang telah Allah berikan kepada kita.Setidak-tidaknya Allah masih memberi peluang kepada kita untuk hidup di dalam dunia ini dan masih mampu bertaubat kepadaNya berbanding manusia yang telah dipanggil olehNya terlebih dahulu daripada kita.

Maka marilah kita sama-sama bersyukur terhadap nikmat yang melimpah-ruah yang telah dikurniakan kepada kita.

Semoga kita semua bertakwa.

Allahualambisawab.