Tuesday, September 2, 2008

Menyambut Kedatangan Ramadhan Al-Mubarak


Assalamualaikum,sama ada kita sedar atau tidak sedar,kini kini kita sudah berada di dalam bulan yang penuh mulia lagi bertambah berkat iaitu,bulan Ramadhan Al-Mubarak.Seperti yang telah Nabi Muhammad sabdakan "sesungguhnya rejab itu bulanku,syaaban itu bulan Allah dan ramadhan itu bulan umatku".

Sabda rasulullah ini menunjukkan bahawa ramadhan ini merupakan 'bulan kita' di mana kita telah diberi peluang oleh Allah untuk beribadat sebanyak mungkin di dalam bulan yang mulia ini.Maka kita gunakanlah kesempatan ini untuk melakukan sebanyak mana amalan agar kita dapat menuainya di alam akhirat kelak.

"wahai orang yang beriman,kamu diwajibkan berpuasa sebagaimana orang terdahulu berpuasa,semoga kamu bertakwa"ayat allah ini menerangkan bahawa kita kita sebagai mukmin muttqim wajib berpuasa sama ada kita suka atau tidak suka.ini telah termaktub dalam rukun islam.Sebenarnya ibadah puasa ini bagi memperingati orang yang tidak makan mahupun minum di luar negara sana.jika hendak dibandingkan penderitaan mereka lebih pedih jika dibandingkan dengan ibadah puasa kita.

Jika kita melihat sejarah rasulullah dan para sahabat berperang di dalam bulan ramadhan.Ini menunjukkan bahawa puasa bukan alasan kita untuk tidak melaksanakan tanggungjawab yang lain.kita adalah manusia yang lemah jika kita menjadikan alasan berpuasa sebagai untuk mengelakkan melakukan kerja lain.

Sebolehnya kita janganlah meninggalkan ibadah solat terawikh di mana hanya dilaksanakan hanya setahun 30 atau 29 malam sahaja.Ini kerana banyak fadhilat bagi melaksanakan ibadah sunat ini.Alangkah ruginya jika kita tidak memanfaatkan banyak kelebihan di bulan ramadhan ini..Contohnya amalan sunat sama pahalanya dengan ammalan ibadat wajib.Selain itu solat wajib akan digandakan sebanyak 70 kali ganda.Kita sebaik-baiknya melaksanakan solat subuh dan isyak secara berjemaah ini kerana rasulullah ada bersabda"jika orang munafik mengetahui pahala dan ganjaran untuk melaksanakan solat subuh dan isyak secara berjemaah nescaya mereka akan datang walupun secara merangkak/mengesot"

Begitulah digambarkan kesucian bulan ramadhan untuk kita renungi dan kita hayati.

Semoga kita menjadi orang yang bertakwa.

Allahualambisawab.

0 comments:

Post a Comment