Saturday, September 20, 2008

Penawar Hati

PENAWAR HATI

Sesungguhnya hati itu merupakan sesuatu yang wajib dijaga oleh setiap manusia di dalam dunia ini bagi menjadikan diri kita menjadi mukmin yang muttakim.Seperti yang kita tahu Rasulullah yang kita sayangi telah bersabda“di dalam badan manusia terdapat seketul daging jika rosak,maka rosaklah semuanya”.Sabda Rasulullah ini menunjukkan bahawa hati merupakan bahagian manusia yang mesti kita jaga dengan rapi.

Terdapat manusia yang sering merasakan hatinya selalu gundah gulana juga merasakan tidak wujud suasana tenteram dalam jiwa dan sanubari mereka.Perkara ini menunjukkan mereka ada masaalah dengan hati mereka.Begitu juga dengan mannusia yang sering melaksanakan kemungkaran,mereka tidak berjaya mendidik hati mereka malah menurutkan nafsu dan syaitan yang selalu membisikkan kemungkaran.Maka bagi mengubat hati kita yang telah dibarahi oleh penyakit-penyakit hati ini terdapat lima cara.

Antara lima ‘penawar hati’ kita adalah ‘baca Al-Quran dan maknanya’.Bagi mengubati hati kita,kita haruslah mengenal wahyu yang telah diturunkan oleh Allah kepada Rasulullah.Sesungguhnya Al-Quran merupakan panduan sepanjang zaman bagi hidup manusia.Sesungguhnya juga Al-Quran merupakan penawar yang paling baik untuk mengubati keresahan dalam hati(salah satu penyakit hati) kita. Apabila kita menghayati setiap kalam Allah yang indah ini kita akan mendapat ketenangan yang cukup indah.

Selain itu,penawar hati yang kedua adalah‘dirikanlah solat malam’.Kita janganlah lupa untuk mendirikan ibadah sunat di waktu malam.Antaranya adalah solat tahjud dan solat hajat.Solat Tahjud merupakan solat sunat yang banyak fadilatnya.Jadi saya ingin menyarankan bahawa kita jika tidak mampu kita laksanakanlah ibadah ini sekurang-kurangnya sekali seumur hidup.“Jika kita tidak mampu untuk melaksanakan semua,janganlah kita meninggalkan semua ibadah sunat ini”.

Di samping itu,perkara ketiga adalah ‘berkumpullah dengan orang-orang yang soleh’.Kita haruslah rajin-rajinkan diri untuk menghadiri majlis-majlis ilmu baki membaiki kerosakan di dalam hati kita ini.“umpama kereta yang rosak di bawa ke bengkel untuk dibaiki”.Insyaallah,saya akan menceritakan tentang kebaikan menghadiri majlis ilmu dalam keluaran artikel akan datang.

Seterusnya,perkara yang keempat adalah‘berbanyakkanlah berpuasa’.Kita haruslah memperbanyakkan ibadat puasa sunat ini kerana banyak faedahnya.

Akhir sekali,perkara yang kelima adalah‘zikir malam berpanjangan’.Kita mestilah memperbanyakkan zikir kepada Allah iaitu mengingati allah dengan perkataan seperti‘subahanallah,allahuakbar,alhamdulillah’dengan mengamalkan zikir ini kiata akan menjadi tenang.Sesungguhnya Rasulullah menghiburkan hatinya dengan memperbanyakkan berzikir kepada Allah.Nescaya dengan mengingati Allah hati kita akan terhibur dari gundah gulana,kerana sesungguhnya Allah sentiasa dekat dengan kita.

Dengan melaksanakan lima perkara ini,insyaallah penyakit-penyakit hati yang telah lama membarah dalam hati kita dapat diubati.Sesungguhnya setiap penyakit ada penawarnya melainkan maut.Renungkanlah artikel inidan amalkannya semoga pahala dikurniakan olehNya kepada kita.Insyaallah.

Allahualambisawab

1 comment:

  1. Salam~

    Ah~ You're reading my blog?
    How did you find it? Since I only give the link to my blog only at a few close friends and cousins...

    But anyway, thanks for reading it... ^^


    ~*~Bee-yeah~*~

    ReplyDelete