Friday, September 17, 2010

Bunuh Diri Bukan Penyelesaian Masalah

Assalamualaikum para pembaca sekalian....
Setelah agak lama saya tidak menghantar artikel...
.
Kini saya kembali dengan artikel yang terbaru buat renungan sahabat sekalian...

Bunuh diri merupakan perkara yg dilakukan oleh kita sendiri yg mana kita melakukan sesuatu untuk mencabut nyawa daripada jasad kita sendiri.Nyawa itu merupakan kurniaan Allah yg tinggi nilainya jika nak dibandingkan dengan apa yg ada di dunia ini.Nyawa tidak mampu dibayar maupun ditukar ganti.Allah sangat murka terhadap manusia yg bertindak sedemikian rupa.

Tahulah wahai sahabat-sahabat sekalian,bahawa bunuh diri bukan jalan penyelesaian kepada semua masalah.Mereka yg berbuat begini adalah manusia yg penakut dan mahu lari dari masaalah dan mungkin juga ujian yg Allah kurniakan untuk mengukur sehebat mana iman seseorang itu.Bak kata seorang guru saya di matrikulasi "hidup ini jika tanpa cabaran ia tak bermakna dan seperti makan nasi yg tidak berlauk".Maka di sini para sahabat yg saya muliakan,manusia yg tidak mahu ada masalah dalam hidupnya merupakan manusia yg tidak mahu hidupnya diisi dengan cabaran yg bakal membuat mereka matang suatu hari nanti.

Para sahabat yg diluar sana,sebelum membuat perkara ini tahulah sesungguhnya hukum membunuh diri itu haram dan kita secara automatiknya akan murtad(keluar dari islam).Apabila kita menyentuh konteks murtad kita kena tahu bahawa seorang yg murtad tidak akan dapat langsung bau syurga inikan pula untuk tmenghuni di dalamnya.

Sahabat,ibu kita melahirkan kita bukan untuk melihat kita yg telah dibesrkan oleh kedua ibu bapa kita ini mati dengan sia-sia.Ibu bapa kita juga bukan membesarkan kita untuk tengok kita berakhir di neraka jahanam wanauzubillah...

Fikir-fikirlah wahai sahabat dan saya akan kembali dengan aartikel yg lain akan datang insyaallah.

Sekian dahulu daripada saya...
Allahualam Bisawab..

Kesederhanaan Dalam Syawal




Assalamualaikum warahmatullahi Wabarokatu...
Alhamdulillah di kesempatan yg terluang ini saya berpeluang untuk bekarya...
Setelah agak lama tidak post apa-apa.Almaklumlah saya sibuk belajar dan tiada kelapangan.Dan di kelapangan ini insyaalah saya akan memberi sedikit input kepada pembaca.


Ramadhan telah meninggalkan kita dan insyaallah kita telah berjaya menghabiskan ibadah puasa kita di bulan Ramadhan..Sepatutnya kepemergian Ramadhan harus kita akhiri dengan tangisan bukan gelak tawa keriangan kerana Ramadhan telah pergi..
Pada zaman Rasulullah,para sahabat akan menangis apabila Ramadhan telah tiba di penghujungnya.Begitulah berbezanya iman kita semua berbanding dengan para sahabat.

Dalam kemeriahan kita beraya jangan pula kita lupa dengan insan-insan yang menyambut syawal hanya sekadar ala kadar. Kita tidak pernah berfikir bagaimana kita jika di tempat mereka yang serba kekurangan.

Ada dalam kalangan kita yang berbelanja besar untuk menyambut syawal.Kasut baru,baju baru dan pendek kata semua baru...memang sunat jika kita pergi sembahyang sunat aidilfitri dengan berpakaian baru tapi jangan lah sampai melampaui batas dalam perbelanjaan kita.Ada dalam kalangan kita yang habis beratus-ratus malah ada yang beribu-ribu ringgit.Apalah kiranya andai kita menjimatkan sedikit wang yang kita belanjakan itu untuk disedekahkan kepada fakir miskin.Malangnya kita ini sering mementingkan diri sendiri dan tidak memikirkan orang lain.
Bayangkanlah betapa seronoknya anak-anak yang sudah lama tidak berbaju raya baru jika kita menghadiahkan kepada mereka.

Maka terapkanlah konsep besederhana yang telah Rasulullah ajarkan kepada kita dalam menjalani kehidupan seharian kita begitu juga dalam beraya.Ingatlah, "barangsiapa tidak menyukai sunnahku dia bukan ummatku",sabda rasulullah.

Sebelum saya mengakhiri coretan ini saya ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Maaf Zahir Batin kepada semua pembaca andai saya ada mengguris hati saya ingin menyusun sepuluh jari di atas semua kelemahan saya.

Sekian.

Allahualam Bisawab

Saturday, April 17, 2010

ANAK,ANUGERAH ILAHI

Assalamualaikum warahmatullahi wabarokatu....yang saya muliakan kepada para pembaca yang dirahmati allah sekalian.Kali ini dalam artikel saya,saya ingin menyentuh tajuk 'ANAK'..Seperti yang kita tahu setiap hari kita dikejutkan dengan kes-kes buang bayi.Tidak cukup dengan kes buang bayi tapi kes dera anak pula dan ada yang hingga mengakibatkan maut.



Tahulah para sahabat sekalian,sesungguhnya anak itu merupakan satu anugerah,satu amanah yang dikurniakan Allah kepada kita.Maka apabila disebutkan amanah saya suka nak ingatkan kepada para sahabat yang amanah itu perlu dilaksanakan atau kita akan disoal di akhirat kelak.

Seperti yang kita lihat gambar di atas,saya ingin bertanya kepada para sahabat sekalian adakah begitu zalim seorang manusia sehingga sanggup mebuang anak di dalam mangkuk tandas.Di manakah letaknya kewarasan dan pertimbangan seorang manusia.Apalah salahnya jika tidak mahu bayi ini lebih baik dihantar ke rumah kebajikan masyarakat daripada di buang di merata tempat.adakah golongan seperti ini layak dipanggil manusia.Astaghfirullahhalazim...


Anda yang membuang bayi dan mendera bayi perlu ingat adakah ibu bapa anda berbuat demikian kepada anda.Jika ibu bapa anda berbuat demikian suda tentu anda tidak ada lagi di dunia ini.

Tetapi golongan yang membuang bayi ini mungkin ada sebab musabab yang tersendiri kenapa mereka bertindak begitu.Walaupun apa pun alasan nya saya merayu tolong lah jangan dibuang bayi itu tetapi jika nak buang juga tinggalkanlah di jabatan kebajikan masyarakat....

Fikir-fikirkan wahai sahabat sekalian...

Berjumpa lagi kita di artikel yang akan datang sekian Allahualam Bisawab...