Friday, September 17, 2010

Bunuh Diri Bukan Penyelesaian Masalah

Assalamualaikum para pembaca sekalian....
Setelah agak lama saya tidak menghantar artikel...
.
Kini saya kembali dengan artikel yang terbaru buat renungan sahabat sekalian...

Bunuh diri merupakan perkara yg dilakukan oleh kita sendiri yg mana kita melakukan sesuatu untuk mencabut nyawa daripada jasad kita sendiri.Nyawa itu merupakan kurniaan Allah yg tinggi nilainya jika nak dibandingkan dengan apa yg ada di dunia ini.Nyawa tidak mampu dibayar maupun ditukar ganti.Allah sangat murka terhadap manusia yg bertindak sedemikian rupa.

Tahulah wahai sahabat-sahabat sekalian,bahawa bunuh diri bukan jalan penyelesaian kepada semua masalah.Mereka yg berbuat begini adalah manusia yg penakut dan mahu lari dari masaalah dan mungkin juga ujian yg Allah kurniakan untuk mengukur sehebat mana iman seseorang itu.Bak kata seorang guru saya di matrikulasi "hidup ini jika tanpa cabaran ia tak bermakna dan seperti makan nasi yg tidak berlauk".Maka di sini para sahabat yg saya muliakan,manusia yg tidak mahu ada masalah dalam hidupnya merupakan manusia yg tidak mahu hidupnya diisi dengan cabaran yg bakal membuat mereka matang suatu hari nanti.

Para sahabat yg diluar sana,sebelum membuat perkara ini tahulah sesungguhnya hukum membunuh diri itu haram dan kita secara automatiknya akan murtad(keluar dari islam).Apabila kita menyentuh konteks murtad kita kena tahu bahawa seorang yg murtad tidak akan dapat langsung bau syurga inikan pula untuk tmenghuni di dalamnya.

Sahabat,ibu kita melahirkan kita bukan untuk melihat kita yg telah dibesrkan oleh kedua ibu bapa kita ini mati dengan sia-sia.Ibu bapa kita juga bukan membesarkan kita untuk tengok kita berakhir di neraka jahanam wanauzubillah...

Fikir-fikirlah wahai sahabat dan saya akan kembali dengan aartikel yg lain akan datang insyaallah.

Sekian dahulu daripada saya...
Allahualam Bisawab..

0 comments:

Post a Comment