Sunday, October 19, 2008

Pembaca Al-Quran(Orang Al-Quran) Merupakan Ahli Allah

Ramai yang tidak sedar akan keistimewaan Al-Quran terhadap diri kita apabila kita menjadi pembaca setia kepadanya(Al-Quran).Kebanyakkan orang pada hari ini lebih mengejarkan kepentingan dunia sehingga mengabaikan teman kita yang akan memberi syafaat kepada kita di akhirat kelak iaitu Al-Quran.Kebanyakkan daripada kita hanya membiarkan Al-Quran yang sewajarnya dibaca tetapi hanya dibiarkan menjadi pameran di dalam almari dan yang lebih malang lagi Al-Quran dibiarkan usang dimakan zaman tanpa diusik(dibaca).

Bagi pembaca Al-Quran mereka semestinya beruntung apabila mempunyai hubungan istimewa dengan Al-Quran.Apabila kita asyik berdamping dengan Al-Quran(membaca) maka kasih sayang Allah juga sentiasa tertumpu kepada kita.Oleh itu,apa kiranya jika kita hanya memerlukan kesukaran sedikit dengan mengorbankan sedikit masa sahaja kita sudah boleh menjadi seorang yang istimewa di sisi Allah iaitu Ahli Allah.

Hadith ada menyatakan:Hazrat Anas R.A. meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda,“Sesungguhnya Allah mempunyai ahli-ahli daripada kalangan manusia.”Para sahabat bertanya,“Siapakah mereka ya Rasulullah?”Baginda menjawab,“Orang al-Quran adalah ahli-ahli Allah dan orang Allah yang istimewa.”
(Hadith riwayat Nisai,Ibnu Majah,al-Hakim dan Ahmad.)

Melalui hadith ini kita dapat mengetahui bahawa setiap pembaca Al-Quran/Orang Quran adalah Ahli-ahli Allah dan orang Allah yang istimewa di sisiNya.

semoga kita bertakwa

Allahualambisawab

0 comments:

Post a Comment