Thursday, November 17, 2011

Antara 2 Lolipop


        Pada suatu hari seorang pendakwah yang sedang berjalan kaki ketika baru pulang dari berceramah ternampak seorang wanita muda yang tidak menutup aurat di tepi sebuah taman. Pendakwah itu berfikir seketika dan lantas pergi ke arah wanita itu.

Pendakwah: saya ada dua lilipop.Satu masih berbungkus lagi satu saya dah buka plastik bungkusannya.....

Wanita yang tidak menutup aurat: Hurmm awak nak bagi saya ke lolipop ni....?

Pendakwah: Yup saya nak bagi awak lolipop ni..(tiba2 pendakwah buat2 terjatuh lolipop tu ke tanah) maafkan saya ia terjatuh....

Pendakwah mengambil lolipop itu...

Pendakwah: Jadi, awak nak yang mana satu...

Wanita yang tidak menutup aurat: Mesti la saya nak yang masih berbungkus itu...takkan saya nak ambil yang dah kotor tu.

Pendakwah:(tersenyum).

Wanita yang tidak menutup aurat :Awak mempermainkan saya ye!!

Pendakwah: Eh tidak........saya cuma berasa hairan dengan manusia di dunia ini....Dia tahu memilih yang mana benda yang baik patut dia pilih untuk digunakan tetapi dia gagal memilih benda yang baik yang patut diamalkan untuk mendapat keredhaan Allah.....

Wanita yang tidak menutup aurat: Maksud awak?

Pendakwah: Macam tu juga lah perbezaan antara wanita yang menjaga aurat dan kehormatan diri dengan wanita yang tidak menjaga aurat dan kehormatan diri. Lolipop itu mewakili dua wanita ini...Jika  wanita itu menjaga aurat dan kehormatan diri keadaan dia samalah seperti lolipop yang masih berbungkus rapi itu. Yang mana dia akan sukar untuk dipengaruhi ataupun terjerumus dengan kemungkaran dipersekitarannya. Lain pula ceritanya dengan wanita yang tidak menutup aurat dan tidak menjaga kehormatan diri samalah keadaan seperti lolipop yang sudah tidak berbungkus. Yang mana dia mudah dikotori atau dengan kata lain mudah terjerumus dan terpengaruh dengan kemungkaran dipersekitarannya itu.

Wanita yang tidak menutup aurat: wanita itu termenung jauh dan air matanya tanpa diduga mengalir...(lantas dia meninggalkan pendakwah itu)  


Moral: Menutup aurat itu wajib bagi setiap muslimim dan muslimat.Tapi dalam konteks cerita di atas lebih mengkhususkan kepada muslimat. Jaga lah aurat dan kehormatan diri wahai kaum muslimat kerana ia adalah benteng pertahanan anda dari kemaksiatan.

"Wanita hiasan dunia,Sebaik hiasan adalah wanita solehah"

Allahualam bisawab......

2 comments: