Friday, July 22, 2011

HIPOKRIT KAH AKU KALAU AKU MENUTUP AURAT?

Assalamualaikum warahmatullahi wabarokatuh,Alhamdulillah dapat kita bersua lagi dalam nukilan saya pada kali ini.Pada kali ini saya akan membicarakan tentang konsep menutup aurat yang hakiki iaitu kerana wajib bukan kerana hipokrit….

Sahabat-sahabat yang saya kasihi lagi saya hormati, pada hari ini ramai orang langsung tidak mengendahkan tentang bab-bab menutup aurat. Saya ingin menulis aspek ini bukan kerana saya ini baik atau ingin mencemuh orang yang tidak menutup aurat ini. Marilah kita membuka minda kita bersama dan meneliti artikel ini.

Mungkin dunia globalisasi ini yang telah membuatkan manusia alpa dan lupa kepada undang-undang pencipta mereka. Seluruh kerajaan di dunia ini ada undang-undang dan begitu juga dengan kerajaan Allah ini yang meliputi langit dan bumi serta seluruh alam semesta. Salah satu hukum Allah yang ditetapkan adalah “MENUTUP AURAT BAGI YANG LELAKI DAN WANITA”. Perkara ini sangat penting dan perlu dititikberatkan disebabkan hokum ini boleh menjadi Al sebab untuk seseorang itu masuk syurga dan boleh menjadi Al sebab masuk neraka. Ya, itulah pentingnya dalam bab menutup aurat ini.

Baiklah biar saya direct to the point, ada sesetengah dalam kalangan kita ini tidak mahu menutup aurat dengan alasan, “Ah apa gunanya kalo aku tutup aurat padahal aku tak mau,kan hipokrit tu”.

Masaalah nya yang saya marah dengan puak-puak yang membuat alasan sebegini ,tahu tak kamu yang kamu itu perlu ikut hukum Allah.TAK KISAH LAH HIPOKRIT TAK HIPOKRIT,POKOK NYA ITU HUKUM ALLAH BILA IA DAH DITETAPKAN KAMU TAK BOLEH MEMBANTAH. KALAU KAMU MEMBANTAH NESCAYA KAMU KUFUR.

Astaghfirullah halazim,maafkan saya wahai saudara ayat-ayat yang di besarkan huruf di atas bukan bererti marah tapi sekadar teguran dan nasihat. Baiklah, seterusnya kita pergi kepada perkara pokok,tahukah kita hari mati kita, tahukah kita bila malaikat Izrail akan menjemput kita..maka lantas dan segera lah berubah kerana mungkin kita sudah tidak mempunyai banyak masa untuk menetap di bumi ini.

Kalau anda ingin membicarakan soal HIPOKRIT,apa yang anda faham tentang hipokrit.Keadaan ini samalah seperti wajibnya berpuasa,solat..Begitu juga dalam hal menutup aurat..Perkara yang kita tidak suka lakukan tetapi benda yang wajib dilakukan oleh semua umat Islam di atas muka bumi Aallah ini.

Sedarlah sahabat-sahabat sekalian dan nasihat menasihatilah antara kita….

Semoga nukilan kali ini dapat member sedikit sebanyak input kepada kita.Sekian dahulu daripada saya,ampun dan maaf saya pinta jika ada kekasaran dan andainya terguris hati saudara-saudara setelah membaca nukilan ini.Niat saya bukan mengkritik atau mencemuh tetapi sekadar memberi pandangan dan nasihat sekian dahulu daripada saya,wabillahi taufiq wahidayah Wassalamualaikum warohmatullahi wabarokatuh…

Allahaualam bisawab……………..

0 comments:

Post a Comment