Tuesday, July 26, 2011

Jangan Diputuskan Silaturahim



Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarokatuh…Alhamdulillah dapat lagi kita berjumpa di lembaran kali ini wahai sahabat-sahabat yang saya kasihi sekalian.Kali ini saya akan menghuraikan sebuah artikel khusus tentang “Hubungan Silaturahim”.

Setiap manusia di dunia ini memerlukan teman.Andainya kita sendirian nescaya kita akan kesunyian di dunia yang fana ini. Sesungguhnya tidak rugi jika kita sentiasa mempererat tali silaturrahim, kerana ia menyebabkan dilapangkan rezeki dan dipanjangkan umur. Rasulullah SAW bersabda maksudnya:

“Siapa yang ingin dilapangkan rezekinya dan dipanjangkan usianya, hendaklah ia memelihara hubungan silaturahim”.

(Hadith Riwayat Bukhari dan Muslim)

Bagaimana pula kalau diputuskan hubungan silaturahim itu? Jangan!!Jangan diputuskan hubungan silaturahim yang telah terjalin wahai sahabat-sahabat saya sekalian. Kerana Nabi Muhammad Salallahua’laihiwasallam(S.A.W.) telah mengingat kan kita bahawa Allah telah memberi amaran kepada hamba-hambaNya,sebagaimana diterangkan dalam sebuah hadis daripada Abu Bakar ra. bahawa baginda SAW bersabda yang bermaksud:

“Tidak ada dosa yang lebih layak dipercepat hukumannya di dunia, dan apa yang dipersiapkan Allah baginya di akhirat daripada tindakan kezaliman dan memutuskan hubungan silaturrahim”.

(Hadith Riwayat Ibnu Majah dan Tarmizi)

Maka wahai sahabat-sahabat yang saya sayangi sekalian,jangan la kerana kesilapan yang dilakukan oleh rakan-rakan kita sampai membuatkan kita mahu memutuskan hubungan silaturahim dengan mereka.Wahai sahabat ingatlah dan buang semua ego yang ada sedangkan Nabi Muhammad (S.A.W.) pun mengampunkan umatnya inikan kita pengikutnya.Dan sedangkan Allah Maha Pengampun inikan kita hambaNya yang hina.Buangkan ego kita jauh-jauh kalu kita sayangkan dan rindukan syurga di akhirat sana.

Itu saja daripada saya kali ini semoga kita bertemu lagi dalam artikel saya yang akan dating InsyaAllah.Saya bukan manusia yang sempurna tetapi sekadar menegur dan mengingatkan diri saya sendiri.Sekian Wassalamualaikumwarohmatullahi Wabarokatuh.

Allahualam bisawab….


0 comments:

Post a Comment