Sunday, August 21, 2011

Perginya Ramadhan-Ditangisi atau Diraikan


Assalamualaikum Warohmatullahi Wabarokatuh...
Alhamdulillah dapat lagi kita berjumpa dalam posting kali ini...
Sedar tak sedar 21 hari telah kita berpuasa dan makin hampir Ramadhan meninggalkn kita...
Ada yang gembira kerana Syawal akan menjelma(tak payah puasa) tapi tak kurang juga dengan yang merasakan sedihnya dengan Ramadhan yang bakal meninggalkan kita.....Kerana mereka berfikir belum tentu kita akan bertemu dengan Ramadhan yang akan datang...

Malang nya hari ini orang tak sabar-sabar nak raya......
Ok kawan-kawan first thing come first....
Raya tu kejap je kita akan rasa seronok lepas seminggu raya dah tak rasa apa-apa dah...
Tapi puasa ni rahmatnya Ramadhan ni kita kene nikmati....
Cuba kita ingat semula bagaimana para sahabat pada zaman Rasulullah,mereka menangis dengan kepemergian Ramadhan....dan ada yang meminta Ramadhan ini dipanjangkan....
Sebab apa ea??
Sebab mereka tahu bagaimana untungnya beramal di bulan Ramadhan...
Di mana pahala dilipat ganda....
Tapi malangnya hari ini,walaupun kita tahu banyak pahala yang boleh kita dapat,mereka buat tak tahu sahaja...Rugi lah sesiapa yang mensia-siakan Ramadhan....

Saya yakin dengan berbaki beberapa hari sahaja untuk Ramadhan...
Kita masih boleh manfaatkannya dengan sebaiknya...
Jom lah kawan kita sama-sama menghabiskan Ramadhan ini dengan melabur saham yang boleh memanfaatkan kita di akhirat nanti..

Baiklah kawan-kawan nanti bila-bila kita sambung lagi di posting yang lain...

Jom kita berdoa sekejap.....
"Bismillahirahmanirahim....Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim....terimalah amalan ibadat kami di dalam Ramadhan ini...Temukanlah kami dengan Ramadhan yang akan datang....Amin"

Semoga kita berada dalam golongan yang mendapat petunjuknya.....

Allahualam bisawab....

0 comments:

Post a Comment